SINOPSIS Filem Legend of Sudsakorn | Sudsakorn adalah seorang lelaki muda ingin tahu, yang dibangkitkan dalam tradisi purba sihir oleh datuk mistik. Dia tidak pernah mengenal lebih jauh beliau. Ibunya, ikan duyung cantik yangg menderita oleh rasa sedih, jadi menghantar dia pada usaha untuk mencari bapanya. Berbekalkan senjata ajaib datuknya Sudsakorn set off ke dalam dunia misteri dahulu kala pada kuda itu dapat dipercaya, Ma Nin Mangkorn, setengah naga, separuh kuda. Apa yang bermula sebagai usaha yang mudah tidak lama lagi bertukar menjadi pengembaraan yang menakjubkan. Sudsakorn menghadapi makhluk yang keji dan boleh membawa maut, dan mesti menggunakan kuasa ajaib untuk mengalahkan binatang itu busuk, dan meneruskan perjalanannya. Paparan kuasa tidak pergi tanpa disedari dan Sudsakorn dipaksa untuk melawan raksasa dan iblis oleh raja sebuah bandar purba. Dengan misi barunya dijumpai untuk melindungi yang tidak bersalah. tetapi boleh kuasa Sudsakorn lepas, atau akan kuasa-kuasa kekalahan jahat kepadanya sebelum dia mendapati bapanya? Sudsakorn mesti berjuang untuk terus hidup sebelum terlalu jatuh mangsa pengkhianatan dunia kuno.
SINOPSIS Filem Mat Moto (2016) | Mengishkan tentang Al lakonan Pekin Ibrahim yang merupakan seorang pemilik syarikat suntingan filem. Demi untuk menunaikan hajat salah seorang sahabatnya yang terlibat dalam kemalangan jalanraya, Al telah mengembara ke empat buah negeri. Tujuannya adalah semata-mata untuk mencari empat jenis topi keledar yang dikatakan berharga dan menjadi kegilaan penggemar motosikal di seluruh negara. Empat topi keledar istimewa itu menjadi kepunyaan Acai, Shahrul, Pit dan Mus. Di sepanjang pengembaraannya itu, Al telah ditemani oleh seorang pelajar praktikal di pejabatnya yang bernama Sikha lakonan Felisha Crossley. Biarpun wujud bibit cinta anda mereka berdua, hubungan tersebut mendapat halangan oleh satu kejadian yang menjadi rahsia Sikha. Membawakan tagline, Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, Filem Mat Moto ini pasti cuba menampilkan satu kelainan dan mengubah tafsiran masyarakat yang sering kaitkan motor dengan mat rempit.
SINOPSIS Girlfriend Kontrak (2015) | Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisa lakonan Risteena Munim. Dia mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah projek pembangunan. Projek tersebut dimiliki oleh seorang jutawan bernama Umar, lakonan Keith Foo. Umar ini jenis lelaki buaya darat. Hendak dijadikan cerita, berlakunya satu konflik di mana Alisa terpaksa menjadi teman wanita kontrak kepada Umar dan dia menerima bayaran upah RM3,000 seminggu.Apa akan jadi seterusnya? Berjayakah Alisa dalam misi menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya?
SINOPSIS Filem Rembat (2015) | Mengisahkan mengenai Chin Chye (Aniu) dan Malik (Shaheizy Sam), dua orang penyokong tegar bola sepak Malaysia. Mereka punyai latar belakang berbeza, cita-cita berbeza, namun mereka mempunyai satu persamaan, iaitu mereka adalah penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya. Mereka juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk berada di perlawanan bola sepak antara Thailand dan Malaysia. Pelbagai dugaan ditempuhi dalam pengembaraan mereka menuju destinasi. Mereka terperangkap dalam sebuah pertaruhan perlawanan akhir bola sepak Malaysia menentang Thailand yang telah diatur oleh sekumpulan Ah long. Pengembaraan mereka untuk melepaskan diri daripada ah long ditimpa pelbagai dugaan dan berubah menjadi pengembaraan yang penuh dengan aksi lucu apabila mereka bertemu dengan pelbagai watak yang lain.
SINOPSIS Filem The Tiger Blade | Yosthana adalaH seorang polis muda yang memiliki kemampuan dalam menggunakan kekuatan sihir. Bersama rekannya, Duangdao, ia ditugaskan untuk memburu sekelompok penjahat yang menamakan diri mereka sebagai 'Bandit Lima Peluru'. Kelompok ini dipimpin oleh Mahesak. Seperti Yosthana, Mahesak pun memiliki kemampuan untuk menggunakan kekuatan sihir. Yosthana mengetahui bahwa Mahesak hanya boleh dibunuh oleh Pedang Harimau, sebuah pedang kuno yang memiliki kekuatan magis yang bersumber dari alam dan para dewa. Yosthana harus menemukan pedang ini dan segera menangkap Mahesak, sebelum ia dan kelompoknya membawa kehancuran.